7 Tempat Makan Menarik dan Best di Bachok, Kelantan
|
Pantai Irama Bachok |
Jajahan Bachok amat terkenal dengan pantai-pantai mereka seperti Pantai Irama, Pantai Kemayang, Pantai Melawi dan Pantai Kandis. Keputihan warna pasir pantainya pasti memberikan kedamaian kepada para pengunjung.
Jika anda sedang
bercuti atau berkelana sementara di Bachok, kami kongsikan kepada anda restoran-restoran yang terkenal dan menarik untuk dicuba. Sebelum itu, kami kongsikan sedikit asal-usul nama Bachok diperolehi.
Sejarah Bachok
|
Peta Jajahan Bachok |
Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.
Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chak.
Ban bermaksud
kampung dan chak bermaksud
Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah.
Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut.
Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.
Baiklah, mari kami kongsikan tempat makan menarik di jajahan Bachok.
1.Fizow Kitchen
Fizow Kitchen antara restoran makan paling viral di dalam daerah Bachok. FB Page mereka sahaja mencecah 28 ribu followers. Founder Fizow Kitchen iaitu Tuan Fizol Shazwan merupakan anak murid Sifu Jamal aka Sifu FbAds. Patutlah restorannya viral dan berkembang dengan pesat.
Oh ye, restoran ini tiada kena mengena dengan Fizo Omar artis Pasir Puteh tu ye. Restoran milik mereka adalah FizoMawar Kitchen.
|
Menu pasti meleleh |
Menu paling special dan viral mereka adalah
Ayam Penyet Natu Mok Awok!
Mana founder dia dapat idea letak nama menu pelik dan unik ini?
Menurutnya sebab beliau masih lagi single. Jadi manalah tahu ada perempuan yang cair dengan air tangan masakannya yang dimasak penuh keikhlasan. Jangan salah faham ye. Tiada unsur syirik dan khurafat diletakkan di dalam menu tersebut untuk menarik jodoh buat beliau. Hanya resepi kasih sayang dan keikhlasan tulus hati dipersembahkan di dalam menu special beliau itu. Jodoh pertemuan segalanya adalah ketentuan ilahi.
|
Menu Istimewa mereka, Ayam Penyet Natu Mok Awok |
Baiklah berbalik ke restorannya, restoran ini menyajikan makanan barat aka Western. Terbaru, restoran ini akan mengembangkan sayapnya ke daerah Fizo Omar (Jaga-jaga Fizo) iaitu di Pasir Puteh.
Berikut adalah menu-menu yang disajikan di restoran tersebut.
🌶 Lasagna Beef 'Fizow Signature HOT DEAL' - RM 7.90
🌶 Spaghetti Bolognese - RM 7.90
🌶 Cheezy Chicken Wing - RM 9.00
🌶 Bake Pasta with Meet Ball - RM 9.90
🌶 Nasi Ayam Penyet Natu Mok Awok 'Fizow Signature HOT DEAL' - RM 7.0
🌶 Nasi Pecelele (Ikan Keli) - RM 7.00
🌶 Chicken Chop HOT PLATE - RM 8.00
🌶 Burger Hot Plate - RM 9.00
🌶 Lamb Chop Hot Plate . - RM16.00
🌶 Sizzling Hot Plate - RM 6.00
🌶 Chicken Chop Sizzling Hot Plate - RM 8.00
🌶 Nugget Ayam Tempura - RM 5.00
🌶 Cheezy Wedges - RM 5.00
🌶 Cheezy Meetball - RM 7.00
🌶 Fries - RM 4.00
🌶 Waffle 'Semanis lofa' - RM 9.00
MINUMAN SPECIAL DI FIZOW KITCHEN
🍨 Air HULK PERKASA - RM 5.00
🍨 Teh Beng MADU SNOW - RM 5.00
🍨 Bandung AYU - RM 5.00
🍨 Jagung MACHO - RM 5.00
🍨 Milo DINASORRRRRR - RM 5.00
🍨 Milk Blend AISKRIM SPECIAL - RM 9.00
Sekiranya berminat mengetahui lebih lanjut tentang lokasi dan testimoni pelanggan mereka serta menu terbaru, boleh layari FB mereka di
Fizow Kitchen.
2. Pok Weil Tiram
|
Pok Weil Tiram juga membekalkan Tiram Mentah |
Anda pernah mencuba Maggi Tiram?
Jika belum, jangan mencuba menu ini sebelum anda singgah ke Restoran Pok Weil Tiram. Restoran ini diusahakan oleh Pok Weil yang merupakan guru dikir barat di Kemayang.
Restoran ini pernah viral suatu ketika dahulu apabila mendapat liputan daripada laman sesawang Amazing Nara.
Menurut Pok Weil, tiram yang disediakan di gerai beliau merupakan tiram segar yang diternak sendiri olehnya. Tiram yang dimasak akan dikutip pada pagi untuk dibersihkan dan diletakkan kembali kedalam air bersih supaya tiram segar dan sedia untuk dimasak.
Beroperasi dari pukul 1 petang hingga 12 malam. Gerai Maggi Pok Weil menyediakan lebih 18 makanan berasaskan tiram. Terdapat tomyam tiram, tiram segar, tiram celup tepung, tiram air asam dan tiram goreng tepung, telur dadar tiram dan pelbagai lagi menu berasaskan tiram.
|
Tiram segar |
|
Maggi Tiram Pok Weil |
Masakan panas dan colek juga disediakan di sini.
Harga yang dicaj adalah berpatutan dan menurut pelanggan lebih murah berbanding tempat lain.
Dalam bersembang dengan Pok Weil beliau ada berkata “Kita jual murah dari orang lain, biar orang puas hati. Tak kan kita nak orang datang sekali je makan dekat sini”
|
Wajib singgah ke Kedai Pok Weil Tiram ni boh! |
Lokasi Gerai Maggi Tiram Pok Weil terletak di Jalan Gong Batu, Kemayang, 16320 Bachok, Kelantan. Bagaimanapun, lokasinya ini berdekatan kawasan kampung. Oleh itu, anda disarankan menggunakan aplikasi WAZE atau Google Maps untuk ke sana.
Sekiranya berminat mengetahui lebih lanjut tentang lokasi dan testimoni pelanggan mereka serta menu terbaru, boleh layari FB mereka
Pok Weil Tiram.
3. Kambing Bakar Kontena
Secara bahasa, ianya bukan merujuk kepada sekumpulan kambing yang membakar kontena akibat mogok atau rusuhan tetapi ianya adalah restoran membakar daging kambing di kontena.
Ini satu lagi restoran viral dan pernah mendapat liputan beberapa pemain social media utama di Malaysia seperti Oh Bulan.
Sajian utama restoran ini pastinya Kambing Bakar juicy lucy…. Bersama sup kambing yang amat padu beb.
Namun restoran ini juga menyediakan masakan Indonesia seperti Nasi Ayam Penyet bersama kerangupan KELI PECAL LELEY yang pastinya membuat anda terketar bibir mulut juga menaikkan nafsu selera makan anda.
Restoran ini juga terkenal dengan hidangan padang pasir aka dessert mereka iaitu : ICE BUCKET KONTENA.
Semuanya ketiga-tiga ini berbeza rasa dan acuan bahan buatannya.
1. Ice Bucket Kontena ( Mix )
2. Ice Bucket Kontena ( Tuti-Frutti )
3. Ice Bucket Kontena ( Chocolate )
Bila Waktu Kambing Bakar Kontena Beroperasi
Tetapkan temujanji anda, setkan hari dan masa anda datang bersama keluarga, rakan-rakan juga insan tersayang.
AHAD : 4 petang – 12 malam
ISNIN : 4 petang – 12 malam
SELASA : ( cuti ) untuk bulan 9 dibuka setiap hari!!
RABU : 4 petang – 12 malam
KHAMIS : 4 petang – 12 malam
JUMAAT : 4 petang – 12 malam
SABTU : 4 petang – 12 malam
Apa lagi, start kereta anda dan terus bawa family anda ke Kedai Kambing Bakar Kontena.
Sekiranya berminat mengetahui lebih lanjut tentang lokasi dan testimoni pelanggan mereka serta menu terbaru, boleh layari FB mereka
Kambing Bakar Kontena.
4. Msr Steamboat Pantai Senok
Sekiranya anda bercuti atau sedang mencari lokasi best untuk mengisi gastronomy anda bersama keluarga maka kami juga mencadangkan Restoran MSR Steamboat Pantai Senok.
Konsepnya sama seperti restoran steamboat dan grill yang lain iaitu makan apa sahaja yang anda mahukan dengan pelbagai pilihan makanan disediakan untuk pengunjung.
|
Steamboat and Grill di MSR Pantai Senok |
Harga pula standard buffet iaitu dalam RM20 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Murah kan!
Antara keunikan restoran ini adalah konsep steamboat dan grill ala tradisional. Anda boleh menikmati hidangan anda bersama keluarga di pondok beratap nipah.
Salah satu keistimewaan mereka adalah peralatan steam and grill mereka menggunakan arang yang diletakkan di dalam satu lapisan mangkuk khas. Memang klasik adik kakok. Jadi, ada kawasan lekuk di sekeliling tu untuk anda tuang sup ayam atau tomyam dan grill pula di bahagian atas.
|
Peralatan klasik menggunakan arang di restoran ini |
|
Pelbagai makanan laut segar boleh didapati di sini |
Bakar membakar menggunakan bara arang pastinya memberikan aroma charcoal dan kemanisan kepada makanan kita. Sangat sedap baunya berbanding masak menggunakan dapur elektrik seperti di kebanyakkan restoran steamboat yang lain.
|
Tidak perlu ke restoran mewah, semuanya ada di sini |
|
Pelbagai jenis kerang dan kepah turut disediakan di sini |
Anda wajib mencuba hidangan mereka di sini.
Sekiranya berminat mengetahui lebih lanjut tentang lokasi dan testimoni pelanggan mereka serta menu terbaru, boleh layari FB mereka
MSR Steamboat Pantai Senok.
5. Rumah Makan Pak Cu Tawang - Mee Udang Special.
|
Mee Udang Special |
SEKIRANYA makanan sedap, jauh macam mana sekalipun, sanggup orang datang kerana yang penting puas hati dan berbaloi!
Itulah penangan Mee Udang Special di Kedai Pak Cu Tawang sehinggakan penggemar mi udang dari pelbagai pelusuk negara sanggup menempuh perjalanan jauh asal saja mereka berpeluang menikmati keenakan rasa makanan kegemaran.
|
Udang Bakar Meleleh |
Bukan senang hendak mencari tempat ini kecuali penduduk setempat. Hanya mereka yang berazam hendak menikmatinya sanggup meredah ke negeri Cik Siti Wan Kembang bagi mencari Mee Udang Special ini.
Kunci rasanya adalah pada kuah rebusan pati udang.
Memang benar bagai dikata dan digembar-gemburkan sebelum ini, mi udang yang diusahakan Pak Cu bersama keluarganya memang sedap!
Kuahnya agak cair, tapi keenakan rasa udangnya sangat padu, seolah-olah anda sedang menikmati sepinggan penuh mi udang laut!
|
Udang Masak Pedas |
Kebanyakan pengusaha mi udang menggunakan air rebusan daging supaya kuahnya likat (pekat) dan manis.
Sebaliknya di sini mereka menggunakan air rebusan pati udang semata-mata kerana pelanggan kami daripada pelbagai kaum agar mereka semua berpeluang menikmatinya, cuma kuahnya agak cair.
|
Kuey Teow Udang |
Tapi yang penting bagi tokey kedai ialah keenakan rasa kuah yang 'sarat' dengan kemanisan isi udang laut.
|
Mee Udang Special Pak Cu Tawang |
Sekiranya berminat mengetahui lebih lanjut tentang lokasi dan testimoni pelanggan mereka serta menu terbaru, boleh layari FB mereka
Rumah Makan Pak Cu Tawang.
6. RIVER VILLAGE ROOFTOP RESTAURANT
|
Jenis-jenis makanan yang dihidangkan di sini |
Bagi yang nak berhajat merasai kesedapan masakan western selain di Fizow Kitchen, anda boleh lah mencuba makanan di restoran River Village Rooftop ini pula.
Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan super sedap.
|
Makanan Western dalam Dulang Besar boh, memang padu! |
|
Peminat Shellout? Boleh cuba resepi mereka pula di sini |
Restoran ini juga sangat sesuai disinggahi bersama keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?
Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja River Village Rooftop ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ.
Menariknya disini, selain western, terdapat aneka minuman yang menarik pun ada.
Boleh tengok gambar-gambar masakan barat serta minuman yang ada di River Village Rooftop ni.
|
Manhattan Fish pon boleh kalah boh. |
|
Makanan Laut Tempura di River Village Rooftop |
Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di River Village Rooftop ni.
Bak kata orang memang padu!
Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : Cabang 4 Trafik Light Kampung Sungai, 16300 Bachok, Kelantan atau boleh guna waze taip jer nama River Village Rooftop Restaurant nanti ada la tu.
|
Suasana restoran mereka |
Jika tidak jumpa kedai boleh call 014-9644577.
Mula beroperasi pada pukul 5.00 pm – 1.00 am setiap hari kecuali selasa cuti. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.
Juga boleh layari FB mereka :
River Village Rooftop Restaurant
7. Mok Yoh & Pok Kob Gulai Ayam Kg & Serati Kubang Golok
|
Logo Kedai Mok Yoh & Pok Kob Gulai Ayam Kg & Serati Kubang Golok |
Bagi yang mencari masakan tradisi nasi berlauk Kelantan di waktu pagi, anda boleh mencuba restoran nasi berlauk pagi antara yang tersohor di Bachok iaitu gerai Mok Yoh & Pok Kob Gulai Ayam Kg & Serati Kubang Golok. Hah panjang betul nama restoran lejen ini.
Bak nama diberi, menu istimewa di restoran ini pastinya Gulai Ayam Kampung dan Gulai Serati. Terdapat juga menu lain seperti Gulai Ikan Ayo, nasi dagang dan pelbagai lagi aneka lauk pagi untuk anda sekeluarga.
Jom layan dulu gambar-gambar masakan mereka yang bakal mengecurkan perut dan melelehkan air liur anda.
|
Kedai ini pernah mendapat liputan Manis.fm. Memang Thorbaik! |
|
Aneka Juadah Nasi Berlauk Pagi Kelantan Original |
|
Gulai Ayam Kampung Dalam Kawah |
|
Ikan Bakar Special |
|
Tak Jumpa Kedai Mereka, Hubungi sahaja nombor di atas |
=====
Baiklah, itu sahaja tempat makan menarik yang dapat kami kongsikan di blog kami. Boleh kongsikan
info ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang sedang kelaparan itu.
Sekiranya anda sedang mencari bas persiaran kelas VIP untuk disewa oleh
hubungi kami.
Juga jangan lupa LIKE FB Page Kami:
Bas Sri Bayu
Selamat bercuti dan menjamu selera.
Sri Bayu Travel
Comments
Post a Comment