Posts

Showing posts with the label tempat makan menarik di tumpat

Program Menarik Di Kelantan Julai dan Ogos 2019

Image
Program-program menarik sekitar Kelantan dalam masa terdekat dan sepanjang bulan Ogos 2019. Aduh adik, kakok, abe weh.... Banyak aktiviti menarik dan hadiah lumayan ditawarkan adik, kakok dan abe weh.... Kena pakat ajok saing sobat, sekampung maghi join deh . Jom ! Kita bui meriah program set kito . Set kito jange pecoh!

TUJUH TEMPAT MAKAN MENARIK DI TUMPAT, KELANTAN

Image
TUJUH TEMPAT MAKAN MENARIK DI TUMPAT, KELANTAN Peta Daerah Tumpat 1. Kedai Mee Cambo Kak Sah Pengkalan Kubor sememangnya sudah tidak asing lagi sebagai syurga makanan masakan ala Thai dari negara jiran. Namun bagi penduduk Tumpat ini, salah satu tarikan utama di Pengkalan Kubor ialah mee cambo. Ia dikatakan hidangan paling digemari kepada peminat mee sup tetapi kelainan mee cambo ini ia dihidangkan bersama bebola daging. Cambo atau ejaan sebenarnya Jumbo (bahasa Inggeris) bermaksud BESAR. Besar itu bukan pada mangkuknya tetapi SAIZ BEBOLA DAGING yang digunakan.  Mee Cambo Kak Sah   Kini hidangan itu dipelbagaikan apabila lauknya tidak terhad kepada bebola daging semata-mata apabila turut dimasukkan pelbagai jenis bebola lain seperti udang, ketam dan sotong.  Semua hidangannya dijual pada harga yang amat berpatutan. Kedai Kak Sah di jalan lama berhampiran stesen bas Pengkalan Kubor turut menjual pulut pauh, nasi kerabu, nasi ayam dan air batu campur.