Program Menarik Di Kelantan Julai dan Ogos 2019

Image
Program-program menarik sekitar Kelantan dalam masa terdekat dan sepanjang bulan Ogos 2019. Aduh adik, kakok, abe weh.... Banyak aktiviti menarik dan hadiah lumayan ditawarkan adik, kakok dan abe weh.... Kena pakat ajok saing sobat, sekampung maghi join deh . Jom ! Kita bui meriah program set kito . Set kito jange pecoh!

TUJUH TEMPAT MAKAN MENARIK DI TUMPAT, KELANTAN

TUJUH TEMPAT MAKAN MENARIK DI TUMPAT, KELANTAN

peta daerah Tumpat
Peta Daerah Tumpat

1. Kedai Mee Cambo Kak Sah


Pengkalan Kubor sememangnya sudah tidak asing lagi sebagai syurga makanan masakan ala Thai dari negara jiran. Namun bagi penduduk Tumpat ini, salah satu tarikan utama di Pengkalan Kubor ialah mee cambo.

Ia dikatakan hidangan paling digemari kepada peminat mee sup tetapi kelainan mee cambo ini ia dihidangkan bersama bebola daging.

Cambo atau ejaan sebenarnya Jumbo (bahasa Inggeris) bermaksud BESAR. Besar itu bukan pada mangkuknya tetapi SAIZ BEBOLA DAGING yang digunakan. 

Kedai Mee Cambo Kak Sah
Mee Cambo Kak Sah
 
Kini hidangan itu dipelbagaikan apabila lauknya tidak terhad kepada bebola daging semata-mata apabila turut dimasukkan pelbagai jenis bebola lain seperti udang, ketam dan sotong. 

Semua hidangannya dijual pada harga yang amat berpatutan.

Kedai Kak Sah di jalan lama berhampiran stesen bas Pengkalan Kubor turut menjual pulut pauh, nasi kerabu, nasi ayam dan air batu campur. 

tempat makan best Tumpat
Mee Cambo antara tarikan makanan di Pengkalan Kubor, Tumpat
 

Kedainya dibuka dari jam 10 pagi dan ditutup sehingga larut malam sejak Pengkalan kubor menjadi tumpuan pada pilihan raya kecil ini. 

Layari FB mereka: Kedai Mee Cambo Kak Sah

2. Kedai Makan Kak Pah dan Abe Loh Ike Bekok

Kedai Makan Kak Pah dan Abe Loh Ike Bekok
Orang ramai menikmati hidangan istimewa Ikan Bekok
Aroma ‘ike bekok’ (ikan bengkak) yang sedang digoreng sudah mampu membuatkan pelanggan teruja untuk merasai makanan unik ini yang dihidangkan bersama ulam dan menu masakan kampung lain.

Jadi tidak hairanlah seawal jam 8 pagi, kedai makan Kak Pah dan Abe Loh Ike Bekok di Kampung Geting di sini, sudah dipenuhi pelanggan biarpun premis itu terletak di lokasi agak terpencil.

Pemilik kedai makan, Noriah Ghazali, 52, atau mesra disapa Kak Pah berkata, dia mula berniaga ikan bengkak dengan suaminya, Abdullah Yahya, 59, sejak lima tahun lalu. 

tempat makan menarik Tumpat
Ike Bekok dipilih oleh pelanggan sebelum digoreng rangup

Katanya, ikan bengkak adalah ikan yang diproses hasil rendaman bersama garam semalaman sebelum dijemur selama empat jam.

Ikan Bekok ini sebelum dimasak, baunya agak kurang menyenangkan. Namun ketika digoreng bau itu berubah menjadi aroma menyelerakan dan rasanya sangat sedap.

Ikan yang mereka gunakan pula adalah ikan layur, cencaru, kekek dan gelama. 

tempat makan menarik Tumpat
Ike Bekok yang siap digoreng memberikan aroma yang luar biasa baunya.

Kedai makan mereka mengamalkan konsep layan diri dengan pelanggan yang datang hanya perlu menunjukkan ikan bengkak yang diingini sebelum ia digoreng oleh pekerja.

Harga ikan bengkak yang dijual secara mentah bermula dari RM10 hingga RM45 sekilogram. 

3. Kak Long Sup Gear Box Chabang Empat Tok Mekngah

Sup gear box warung Kak Long di Chabang Empat, Tumpat yang terletak berhadapan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bunga Raya, pasti membuatkan anda terindu-rindu keenakan supnya selepas mencubanya.

Terletak di lokasi strategik di tepi jalan utama, warung Kak Long bukan sahaja dikunjungi penduduk tempatan tetapi pelanggan dari jauh.

tempat makan menarik Tumpat
Wajah kedai Kak Long Sup Gear Box

Bau aroma supnya yang dimasak dengan rempah ratus masakan Melayu pasti membuatkan sesiapa sahaja kecur air liur, apatah lagi ketika melihat tulang lembu yang terhidang di dalam mangkuk.

Pemilik warung ini, Nur Effa Atikah Rosli atau lebih mesra dipanggil Kak Long berkata, sup gear box dijual dengan harga RM6.50 semangkuk bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

tempat makan menarik Tumpat
Penggemar Sup GearBox wajib datang untuk mencuba resepi turun temurun ini

Sup gear box ini adalah warisan resipi turun temurun bermula menurut Kak Long. Ibunya Zoianah Isa yang mewarisi resipi sup gear box dari neneknya dan kemudian diperturunkan kepadanya.

Katanya, bagi mengekalkan rasa asli sup tersebut, dia menggunakan bawang goreng yang digoreng sendiri bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan, tetapi membuatkan rasa sup lebih sedap.

Untuk memasak sup gear box ambil masa yang agak lama kerana tulang lembu itu perlu direbus bagi memastikan isi dagingnya empuk menurut Kak Long.

Layari FB mereka di sini: Kaklong Sup Gearbox Chabang Empat, Tumpat

4. Satay Wakaf Bharu Haji Jaafar

Menurut laman web Data.gov.my, Satay Wakaf Bharu Hj. Jaafar merupakan antara destinasi makan paling popular di Kelantan pada tangga keenam keseluruhan tempat makan menarik di negeri ini.

tempat makan menarik Tumpat
Wajah Restoran Satay Wakaf Bharu

Kedai ini menjual pelbagai jenis sate termasuklah sate ayam, sate daging, sate perut serta sate daging rusa.

Ia menerima tempahan untuk pelbagai majlis seperti harijadi, perayaan, hari keluarga dll.

Keunikannya adalah satay dihidang dengan roti. Memang best makan roti dengan satay dicicah kuah kacang pekat.

Satay Wakaf Bharu dibuka pada hari Ahad hingga Sabtu jam 4.00 petang hingga 11.30 malam. 

5. D'Rofa Cafe Maggi Sotong Gergasi.

Kafe ini menghidangkan menu baby shell out di dalam dulang untuk menonjolkan kelainan kafe mereka. Dengan harga RM10, peminat makanan laut boleh menjamu sepuasnya ketam nipah, udang dan lala yang dimasak dengan rempah ratus serta dimakan bersama nasi putih.

Pemilik bersama cafe itu yang juga suami isteri, Nor Fadli Mohd Nor, 35, dan isteri, Qaseh Ezla Yakob, 34, berkata, idea menampilkan menu shell out dalam dulang ini adalah idea isterinya.

tempat makan menarik Tumpat
Baby Shell out pasti mengiurkan mulut para pengunjung

Menurutnya, semua maklum, hidangan itu harganya mahal sebab dihidangkan dengan kuantiti yang banyak. Namun kosnya menjadi berpatutan apabila mereka mempraktikkan idea tersebut.

Menu shell out tersebut dimasak sendiri isterinya dengan ramuan dan bahan segar. Bahan mentah seperti ketam, udang, lala dijamin segar kerana diambil daripada pembekal di sekitar Tumpat ini setiap hari.

tempat makan menarik Tumpat
Antara menu istimewa di restoran ini

Hidangan mengikut pakej istimewa untuk lima hingga tujuh orang makan dengan harga RM100, dengan lauk mewah seperti ditambah telur sotong, sotong dan udang galah turut disediakan bagi mereka yang mahu menikmati kepuasan makanan shell out.

Kafe ini turut terkenal dengan hidangan maggi sotong gergasi dan maggi ketam serta beberapa menu lain berasaskan makanan laut.

tempat makan menarik Tumpat
Maggi Sotong Saiz Jumbo memang padu beb! 


Maggi sotong gergasi ini dijual dengan harga RM15 sepinggan manakala maggi ketam pula RM20.

D Rofa Cafe Maggi Sotong Gergasi di kampung Bendang Luas beroperasi setiap hari dari jam 5 petang hingga 12.30 malam.

Sila layari FB mereka: D'Rofa Cafe Maggi Sotong Gergasi

6. Farah Cafe Boat Noodle Bangkok

Bingsoo atau yang sering disebut sebagai Patbingsu atau Patbingsoo ini adalah salah satu makanan pencuci mulut yang popular di Korea Selatan. Pada awalnya Bingsoo ini menggunakan topping atau rasa kacang merah namun sekarang sudah berkembang dan lebih bervariasi.

Dalam satu mangkuk bingso kita bisa menemukan ais batu parut, buah, kacang merah, sirup buah, dan juga susu pekat manis. Untuk rasa yang asli yaitu kacang merah disebut sebagai Patbingsu atau Patbingsoo, namun untuk variasi rasa lain disebut juga sebagai Bingsoo atau Bingsu.

tempat makan menarik Tumpat
Bingso dan pelbagai hidangan yang pastinya membuatkan anda teruja

Di mana anda boleh dapat bingsu-bingsu yang sedap macam ni?

Salah-satu kedai yang wajib anda lawati bagi peminat Bingsu adalah di Farah Cafe Boat Noodle Bangkok.

Selain popular dengan bingsu, kedai ini juga menyediakan hidangan Boat Noodle seperti franchise Boat Noodle yang ada di Aeon Mall Kota Bharu.

Malahan boleh dikatakan rasa Boat Noodle ayam and daging and Boat Noodle Namtok ayam and daging mereka lebih kaw dan padu berbanding di restoran franchise tersebut.

tempat makan menarik Tumpat
Boat noodle anyone? Slurrrrrpppp.....

Bagi mereka yang mahukan makanan boat noodle ala-ala seperti di Bangkok maka di sinilah tempat yang wajib anda singgah.

Farrah Cafe dibuka setiap hari dari jam 4 petang -12.30mlm.

Sila layari FB mereka : Farrah Cafe Boat Noodle Bangkok

7. Restoran NASI AIR DINGIN

Akhir sekali, Nasi Air Dingin, Tumpat. Siapa tidak kenal Nasi Air Dingin ini.

Ia tersohor sejak sekian lama apatah lagi cara pemasarannya juga istimewa, dibawa dari Tumpat menaiki kapal terbang untuk hidangan warga kota di Kuala Lumpur.

tempat makan menarik Tumpat
The legendary, Nasi Air Dingin pasti membuatkan anda terkenang-kenang penangan padunya

Kini hampir satu Malaysia orang berbicara mengenai keenakan nasi berlauk air tangan wanita daerah Tumpat ini.

Bukan setakat menakluki seluruh negeri Kelantan tetapi kini ia mula memasuki pasaran Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka.

tempat makan menarik Tumpat
Simple demo goyak? Demo tahu dok, ini nasi lauk yang boleh dimakan pagi, tengahari, petang, malam dan tengah malam. Setiap waktu ada di mana-mana.

Pendek kata, kalau mahu makan nasi berlauk Nasi Air Dingin tidak perlu ke Tumpat lagi, cari saja di kopitiam, di restoran, di gerai-gerai di mana sahaja seluruh Kelantan dan beberapa lokasi di sekitar Malaysia pasti ada.

Terdapat dua kedai makan Nasi Air Dingin yang popular iaitu Nasi Air Dingin Husna dan Nasi Air Dingin Ori Kak Soh.

tempat makan menarik Tumpat
Nasi Air Dingin di Kopitiam Kita, Kota Bharu

Bagi yang mahu menikmatinya nasi ini di Air Dingin, Tumpat maka bolehlah menggunakan Waze atau Google Maps.

=====

Baiklah itu sahaja perkongsian daripada kami. Jika anda sedang mencari tempat makan menarik di Tumpat maka silalah singgah restoran di atas ini.

Boleh kongsikan info ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang sedang kelaparan itu.
Jom ngeteh boh!


Sekiranya anda sedang mencari bas persiaran kelas VIP untuk disewa oleh hubungi kami.


Juga jangan lupa LIKE FB Page Kami: Bas Sri Bayu 


Selamat menjamu selera. 


Sri Bayu Travel 




Comments

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Sekitar Tok Bali, Kelantan

5 Kafe Hipster Yang Wajib Anda Singgah di Kota Bharu, Kelantan