Posts

Showing posts with the label kota bharu

Program Menarik Di Kelantan Julai dan Ogos 2019

Image
Program-program menarik sekitar Kelantan dalam masa terdekat dan sepanjang bulan Ogos 2019. Aduh adik, kakok, abe weh.... Banyak aktiviti menarik dan hadiah lumayan ditawarkan adik, kakok dan abe weh.... Kena pakat ajok saing sobat, sekampung maghi join deh . Jom ! Kita bui meriah program set kito . Set kito jange pecoh!

5 Kafe Hipster Yang Wajib Anda Singgah di Kota Bharu, Kelantan

Image
5 Kafe Hipster Yang Wajib Anda Singgah di Kota Bharu, Kelantan Jom singgah ke sini Seseorang mungkin mengatakan bahawa Kelantan adalah negari yang membosankan. Okay, mungkin negeri ini tidak ada skyscrappers tetapi hakikatnya adalah Kelantan merupakan antara negeri yang menarik di pantai timur semenanjung dan bukanlah yang kuno seperti tanggapan sesetengah pihak.  Dan, anda akan terkejut bahawa Kota Baru telah berjaya menyesuaikan suasana mereka dengan pemandangan hipster seperti di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Ipoh dan Pulau Pinang.  Mari kami perkenalkan beberapa kafe hispter yang lain daripada yang lain yang mungkin pernah anda singgah sebelum ini.  ===== #1 HEDLEY BOOKS & CAFE ===== Kafe bertemakan Harry Potter and Co. Sekiranya anda peminat Harry Potter, anda perlu menikmati kafe bertemakan dunia sihir di Kubang Kerian ini.  Sebaik sahaja anda masuk ke kafe mereka, anda akan dibawa ke dunia francais popular ini dan menjadi sebahagian daripada pela

KOTA BHARU BAKAL MENJADI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO

Image
KOTA BHARU BAKAL MENJADI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO Kredit travelchameleon Beberapa lokasi di Kota Baru berpotensi menjadi tapak warisan kebangsaan dan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Senarai Tapak Warisan Dunia di Malaysia Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata antara tempat yang dikenal pasti ialah Masjid Muhammadi, Istana Jahar dan Tambatan Diraja di sini.  Masjid Muhammadi memiliki sejarah yang unik Beliau berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan Tengku Temenggung Kelantan Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz di Istana Kota Lama di sini hari ini.  "Kawasan tersebut berpotensi untuk menjadi Tapak Warisan Dunia Unesco walaupun ia memerlukan masa yang lama.   "Satu kajian boleh dilakukan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kerana ia mempunyai fakulti khusus untuk penyelidikan mengenai sejar