5 Tempat Makan Best di Sekitar Tok Bali, Kelantan Suasana damai di Pelabuhan Ikan Tok Bali Tok Bali terkenal dengan terminal pendaratan ikan segar hasil tangkapan nelayan tempatan. Sebut sahaja ikan Tok Bali, ramai warga Kelantan akan mengingatinya sebagai Pusat Perikanan di Kelantan. Pasar besar Tok Bali atau dikenali pasar TIBA (Terminal Ikan Bali) sering menjadi tumpuan bagi mendapatkan hasil laut yang segar seperti ikan, udang dan sotong pada setiap hari. Sedikit Asal Usul Nama Tok Bali Ikon Pelabuhan Tok Bali Tidak ramai yang mengetahui asal usul nama Tok Bali, Kelantan. Pelbagai versi yang diceritakan kepada penulis dari manakah nama kawasan yang terkenal dengan pesisir pantai cantik dan kawasan perikanan ini di berikan. Menurut hikayat yang popular, nama Tok Bali diperolehi bersempena kisah seorang nelayan berasal dari Bali, Indonesia yang memasuki perairan pantai Kelantan dengan perahu yang karam sebelum terdampar di pesisiran. Penduduk tempatan yang ting