Program Menarik Di Kelantan Julai dan Ogos 2019

Image
Program-program menarik sekitar Kelantan dalam masa terdekat dan sepanjang bulan Ogos 2019. Aduh adik, kakok, abe weh.... Banyak aktiviti menarik dan hadiah lumayan ditawarkan adik, kakok dan abe weh.... Kena pakat ajok saing sobat, sekampung maghi join deh . Jom ! Kita bui meriah program set kito . Set kito jange pecoh!

5 Tempat Makan Best di Sekitar Tok Bali, Kelantan


5 Tempat Makan Best di Sekitar Tok Bali, Kelantan

Pelabuhan Tok Bali
Suasana damai di Pelabuhan Ikan Tok Bali
Tok Bali terkenal dengan terminal pendaratan ikan segar hasil tangkapan nelayan tempatan. Sebut sahaja ikan Tok Bali, ramai warga Kelantan akan mengingatinya sebagai Pusat Perikanan di Kelantan.

Pasar besar Tok Bali atau dikenali pasar TIBA (Terminal Ikan Bali) sering menjadi tumpuan bagi mendapatkan hasil laut yang segar seperti ikan, udang dan sotong pada setiap hari.

Sedikit Asal Usul Nama Tok Bali

Pelabuhan Tok Bali
Ikon Pelabuhan Tok Bali
Tidak ramai yang mengetahui asal usul nama Tok Bali, Kelantan. Pelbagai versi yang diceritakan kepada penulis dari manakah nama kawasan yang terkenal dengan pesisir pantai cantik dan kawasan perikanan ini di berikan.

Menurut hikayat yang popular, nama Tok Bali diperolehi bersempena kisah seorang nelayan berasal dari Bali, Indonesia yang memasuki perairan pantai Kelantan dengan perahu yang karam sebelum terdampar di pesisiran.

Penduduk tempatan yang tinggal berhampiran menemuinya dan mempelawa nelayan dari Bali tersebut tinggal di situ untuk beberapa tahun sebelum balik semula ke Bali. Dari situlah, kawasan tersebut di beri nama Tok Bali, yang merujuk kepada nelayan dari Bali, Indonesia.

Baiklah, di manakah tempat makan yang menarik dan sedap sekitar Tok Bali?

1. Juara Ikan Bakar Tok Bali



Sekali lagi, Tok Bali adalah bandar perikanan. Oleh itu sudah pasti restoran-restoran ikan bakar tumbuh bak cendawan. Namun tidak semua kedai makan ini menyediakan ikan-ikan dan hasil laut segar setiap hari.

Juara Ikan Bakar adalah satu restoran ikan bakar yang bukan sahaja boleh disinggahi di Kubang Kerian atau Perupok malahan di Tok Bali juga. Restoran ini menyediakan pelbagai hasil tangkapan laut segar setiap hari dibawa terus dari pelabuhan perikanan Tok Bali.

Hasil laut di sini boleh dibakar secara kosong mahu pun berempah mengikut citarasa pengunjung.

Related image
Pelbagai hasil tangkapan laut segar boleh diperolehi di sini

Bukan itu sahaja, bahkan teknik memanggang makanan laut juga amat penting untuk mendapatkan hidangan yang lembut berjus dan masih mengekalkan rasa aslinya.

Ditambah dengan sos pencicah yang disediakan sendiri oleh pemilik restoran, ternyata membangkitkan naluri dan membuakkan nafsu makan kepada anda.

Image result for ikan bakar di juara ikan bakar
Pelbagai jenis masakan laut boleh dinikmati di Juara Ikan Bakar


2. Restoran Pulut Ikan Bakar

Image result for pulut ikan bakar tok bali

Satu lagi tarikan utama bagi pengunjung yang ingin menikmati hasil laut di Tok Bali adalah menu pulut ikan bakar. Menu ini memang antara menu tersohor seantero Kelantan.

Keenakan pulut dimakan bersama kelapa parut dan ikan kembung bakar kosong disulami kuah kicap pedas manisnya akan membawa anda ke alam lain saat hidangan itu singgah ke lidah anda.

pulut ikan bakar tok bali
 pulut ikan bakar tok bali
Memang terangkat dan padu beb hidangan ini.

Kedai ini juga menyediakan pelbagai masakan panas dan hasil laut untuk dipanggang.

pulut ikan bakar tok bali
Aduh terliur pula penulis melihat pulut ikan bakar ini

3. Raja Ikan Bakar


raja ikan bakar tok bali
Raja Ikan Bakar, Restoran Ikan Bakar Dengan Arang Tersohor di Tok Bali
Tadi kita sudah ada sang juara dalam bab bakar membakar makanan laut. Akan tetapi, kita masih ada sang Raja Ikan Bakar.

Raja Ikan Bakar adalah antara pilihan utama pengunjung yang ingin menikmati kelazatan makanan laut yang dipanggang kosong di atas bara api menghasilkan aroma charcoal yang amat mengujakan perut sesiapa sahaja.

Related image
Ikan dibakar di atas bara arang menghasilkan aroma charcoal yang mengiurkan

Selain bertujuan meneruskan warisan turun-temurun konsep memasak menggunakan dapur arang mempunyai nilai-nilai tersendiri. Malahan pekerja mereka juga memiliki teknik memanggang makanan laut yang bagus untuk mendapatkan hidangan yang lembut berjus dan masih mengekalkan rasa aslinya walaupun dipanggang lama di atas bara arang.

Ditambah dengan sos pencicah yang disediakan sendiri oleh pemilik restoran, ternyata membangkitkan naluri dan membuakkan nafsu makan kepada anda.

Image result for raja ikan bakar tok bali
Pelbagai hasil laut boleh didapati di kedai ini

4. Alemy Meggi Ketam Semerak

alemy maggi ketam

Selain ikan bakar dan pulut ikan bakar, ada satu lagi keunikan makanan di Tok Bali. Meggi Ketam.

“Bro, meggi ketam di Kota Bharu pun ada !”

Allemy Meggi Ketam nyata berbeza dan tidak sama dengan di mana-mana yang pernah penulis makan.

Related image
Saiz ketam yang besar dan keenakan kuahnya
Bukan sekadar saiz ketamnya yang besar, bahkan kelazatan kuahnya yang seakan-akan sup tetapi mempunyai rempah dan aromanya yang tersendiri.

Anda perlu mencubanya untuk mengetahui kelainan dan keunikan rasa Meggi Ketam yang tersohor

Related image
Jangan lepaskan peluang mencuba Meggi Ketam Alemy

5. Happy Container Café


happy container cafe tok bali
Kafe Hipster di Tok Bali
Restoran hipster ini adalah tarikan terbaru tempat makan di Tok Bali.

Kedai yang terletak di jalan utama Melawai-Kuala Besut ini dengan terdiri daripada bangunan kontenar dihiasi lampu warna neon pastinya akan menarik mata pengunjung yang melalui kawasan tersebut.

Hidangan makanannya menggabungkan masakan Thai dan Western Grill pada harga berpatutan.

Sekiranya anda dari Kota Bharu ke Besut, jangan lupa singgah melepaskan lelah dan menikmati keenakan masakan laut di kedai hipster ini.

Antara Menu Special di cafe ini:

Happy Container Cafe Tok Bali
Siakap Asam Jawa 

Happy Container Cafe Tok Bali
Masakan Western
Happy Container Cafe Tok Bali
Kuet Teow Kungfu Udang Galah

Anda boleh melayari info lanjut tentang Kafe Hipster ini di FB mereka: Happy Container Cafe

=====

Baiklah, kita sudah sampai ke penghujungnya. Sekiranya tuan puan mempunyai cadangan, boleh komen atau hubungi kami. 


Dan jika tuan puan sedang mencari bas persiaran untuk di sewa boleh klik di sini --> Sewa Bas Persiaran Kelas VIP


Atau sedang mencari pakej percutian ke Pulau Perhentian, klik di sini --> Pakej Percutian Pulau Perhentian Mengikut Bajet Anda


Jangan lupa kongsikan artikel ini. Semoga Bermanfaat.

Sri Bayu Travel


Comments

Popular posts from this blog

TUJUH TEMPAT MAKAN MENARIK DI TUMPAT, KELANTAN

5 Kafe Hipster Yang Wajib Anda Singgah di Kota Bharu, Kelantan