6 Tips Penting Untuk Wanita Ketika Mengembara Secara Solo
Hakikatnya, wanita tidak digalakkan untuk mengembara sendirian. Carilah ahli keluarga, kawan-kawan, bff yang halal anda untuk pergi mengembara bersama. Bagi yang sudah berkahwin, sudah pasti suami dan ahli keluarga paling sesuai.
Namun, kadang kala, ada perempuan yang mahu berseorangan mencari ketenangan sementara, melepaskan stress dan sebagainya.
Kami kongsikan beberapa tips bagi wanita yang mahu mengembara sendirian.
#1 SELALU BERWASPADA:
Walau dimana anda berada semasa berseorangan, pastikan selalu berwaspada dan bijak menjaga diri. Jangan pernah terlihat takut, bimbang dan ragu-ragu kerana ini membuatkan pemangsa terutama lelaki melihat peluang untuk mengambil kesempatan ke atas anda.
Bawalah alat keselamatan diri seperti pisau lipat atau pepper spray di dalam beg tangan setiap kali anda mahu melakukan perjalanan sendirian.
#2 SIMPAN BENDA BERHARGA DENGAN SELAMAT
Wanita yang mengembara samada bersendirian mahupun berkumpulan tidak digalakkan untuk memakai perhiasan yang boleh menarik perhatian lelaki atau pemangsa yang ingin mengambil kesempatan.
Juga, simpan wang dan passport anda di tempat selamat dan elakkan mengeluarkannya di khalayak ramai.
Be simple and enjoy your trip.
#3 MEMAKAI PAKAIAN SOPAN
Credit: WikiHow
Hormati budaya dan adat setempat. Pakaian yang menjolok mata atau terlalu menonjol akan menarik mata-mata melihat anda seterusnya membuka peluang untuk mereka yang berniat jahat. Bagi wanita muslim, pakaian menutup aurat dan sopan adalah pelindung terbaik saat anda mengembara bersendirian.
Selain menghormati orang lain, kamu juga semakin merasa aman karena tidak perlu disisih seperti saat orang asing memperhatikan kamu memakai pakaian terbuka.
#4 BAWA BARANG YANG DIPERLUKAN SAHAJA
Bawa peralatan yang diperlukan sahaja semasa mengembara bersendirian. Elakkan membawa barang-barang yang tidak terlalu diperlukan, seperti alat make up lengkap dan baju tebal yang terlalu banyak.
Barang-barang tidak perlu bukan sahaja akan menyebabkan beg anda berat malahan mungkin poket anda bocor akibat terpaksa membayar lebihan berat bagasi di lapangan terbang.
Selain itu, beg bagasi yang berat akan memenatkan anda untuk mengurus dan membawanya ke hulu ke hilir semasa perjalanan.
#5 SIMPAN NOMBOR TELEFON PENTING
Dapatkan nombor telefon polis atau agensi penting seperti pusat perlancongan, kedutaan, hospital dan agensi setempat yang anda lawati semasa mengembara. Ini bagi memudahkan urusan semasa berlakunya tragedy yang tidak diingini.
#6 MAKLUMKAN KEPADA AHLI KELUARGA ATAU RAKAN TERDEKAT
Ini yang paling penting dalam kesemua enam tips yang kami kongsikan. Pastikan anda memaklumkan kepada orang-orang terdekat berkenaan hajat anda untuk mengembara seorang diri. Dapatkan restu ibubapa atau suami sebelum melangkah kaki untuk mengembara.
Restu mereka akan mengelakkan kita daripada ditimpa bala bencana semasa mengembara. Ini juga dapat memastikan situasi semasa anda sentiasa diambiltahu oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat anda.
Penutup
Baiklah, itu sahaja yang dapat kami kongsikan pada hari ini.
Sekiranya anda mencari bas atau van sewa di Kelantan untuk ke mana-mana destinasi di Seluruh Semenanjung Malaysia, sila hubungi Sila hubungi kami En Tajulhakma - 017-9061022 (WhatsApp) atau 0139138211 untuk maklumat lanjut.
Boleh dapatkan segala informasi yang diperlukan dari pegawai kami En Munizam di 0199282878 untuk maklumat lanjut berkenaan Pulau Perhentian.
Selamat Bercuti
Comments
Post a Comment