6 Tempat Menarik Yang Wajib Dilawati di Pulau
Perhentian.
Bilakah
kali terakhir anda melihat sebuah pemandangan laut yang indah?
Ingin
merasainya sekali lagi?
Inilah
masanya anda melawat Pulau Perhentian yang terletak di perairan Terengganu
untuk percutian yang akan datang.
Terengganu
bukan hanya terkenal dengan keropok lekor dan industri batiknya, tetapi juga
pulau-pulau di sekitarnya yang memiliki keindahan yang mampu mempesonakan
jiwa sehingga terbawa-bawa ke mimpi apabila telah pulang.
Pulau
Perhentian semestinya salah satu pulau tercantik di dunia dan kaya dengan
khazanah alam semula jadi.
Geografi Pulau Perhentian
|
Peta Pulau Perhentian |
Pulau Perhentian terletak 21km dari pantai Terengganu (Kuala
Besut) yang terdiri daripada Pulau
Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. .
Pulau Perhentian Kecil lebih ramai dikunjungi kerana terdapat
lebih banyak pilihan penempatan yang agak murah dan biasanya digemari oleh
‘backpacker’.
Manakala Pulau Perhentian Besar agak mahal sedikit kerana ianya
lebih maju dan menawarkan kemudahan yang lebih baik. Terdapat juga chalet,
asrama dan tapak perkemahan di kedua-dua pulau ini.
Ianya dikelilingi oleh hutan yang bersih dengan pasir yang
memutih dan air laut yang biru.
Pulau Perhentian ini adalah kawasan yang dilindungi di mana
ianya adalah merupakan sebahagian daripada kawasan Taman Marine Pulau
Redang
Sedikit Sejarah Asal Usul Nama Pulau Perhentian
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus.
Ianya dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik
dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di
Semenanjung Tanah Melayu.
Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal
garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.
Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahanbagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ianya telah dinamakan sebagai Pulau
Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika
sebelum meneruskan pelayaran.
Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan
tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.
Baik, di manakah tempat-tempat menarik yang wajib anda lawati
jika berkunjung ke Pulau Perhentian?
1.
Pantai Panjang aka Long Beach
|
Pantai Panjang aka Long Beach |
Terletak di Perhentian
Kecil (Pulau kecil), Pantai Panjang dipandang tinggi sebagai titik pusat
aktiviti pada siang hari dan pada waktu malam.
Ia adalah sebuah
pantai yang panjang berbentuk bulan Sabit dengan air yang jernih, tempat
terbaik untuk snorkeling, renang dan berjemur. Terdapat banyak tempat
peranginan, dari harga yang mahal hingga yang murah serta tempat yang
berdekatan dengan persisir pantai.
Selain
terdapat beberapa resort 2 & 3 bintang, terdapat banyak chalet-chalet,
homestay murah dan bajet di sini.
Pantai Panjang
mempunyai permukaan yang mendatar dan pasirnya yang halus dan putih, yang
menjadikannya salah satu faktor tarikan kepada pelancong selain kemudahan
sewaan bilik dengan kadar harian yang murah di kalangan chalet yang
menjadikannya pilihan utama.
Kebanyakan rumah
karang di sebelah kiri pantai merupakan tempat riadah snorkeling yang baik. Ketika
matahari sudah terbenam aktiviti malam akan penuh dengan acara, yang disediakan
oleh Bubu
Long Beach Resort iaitu tarian hula dan api di pub pantai
itu. Di
Long Beach ini, agak ramai "mat-mat" dan "minah-minah"
salleh, jadi 'pencemaran' mata susah nak elak di sini.
|
Pelancong asing bersantai di tepi pantai long beach |
Pantai
ini juga terkenal di kalangan Backpackers. Pada pendapat kami, kawasan pantai
ini tidak sesuai untuk membawa anak-anak terutama waktu malam kerana suasananya
yang agak "happening".
Ombak
di Long Beach puka agak kuat memandangkan ia mengadap Laut Cina Selatan. Namun,
kebanyakan chalet di sini tidak mempunyai website atau kemudahan booking secara
online.
2.
Coral Bay di di Teluk Pauh
|
Pemandangan Waktu Senja di Pulau Perhentian |
Pantai ini terletak di
barat laut Perhentian Besar (Pulau Besar). Terdapat dua pusat peranginan yang
menghadap pantai ini, iaitu Perhentian
Island Resort dan Coral View Island Resort.
Pantai ini sangat
indah pemandangan yang indah. Apa yang anda boleh beyangkan adalah seperti
melihat kolam renang semulajadi yang besar.
Berjalan dari Coral
View Island Resort ke Perhentian Island Resort akan melewati papan kayu yang
tinggi di sepanjang tebing-tebing berbatu, maka pemandangan yang hebat dapat
dinikmati jika anda gunakan perjalanan singkat ini.
Sememangnya terdapat
banyak pelancong di sini, ada yang berjemur ketika membaca novel kegemaran
mereka sementara anak-anak bersenang-senang di dalam air biru yang bersih.
Pantai di sini cukup panjang dan panjang untuk mencari ruang untuk anda
sendiri.
|
Air yang jernih memukau pelancong di Coral Bay |
Terdapat teksi air
yang boleh didapati sekitar RM10 setiap satu untuk sampai di sini dari Pantai
Panjang di Perhentian Kecil (Pulau Kecil). Dari Long
Beach ke Coral Bay menaiki bot laju boleh mengambil masa hampir 15 minit. (
Pusing 1/2 pulau ). Jika mahu lebih cabaran, ada trek jalan kaki dari Long
Beach ke Coral Bay yang mengambil masa lebih kurang 15 minit berjalan.
Di
sini terdapat beberapa hotel resort yang cantik dengan pemandangan yang menarik.
Juga terdapat beberapa chalet kecil yang di uruskan oleh individu tetapi tiada
kemudahan tempahan secara online. Di kawasan ini berdapat beberapa kedai makan
selain restoran/cafe yang terdapat di resort.
3.
Perkampungan Nelayan Pulau Perhentian
|
Pemandangan udara di Perkampungan Nelayan |
Terletak
di Pulau Perhentian Kecil, perkampungan nelayan yang dahulunya pernah dikenali
sebagai Kampung
Pasir Hantu menempatkan komuniti kecil penduduk asal di
sekitar pulau tersebut.
Di
kawasan Kampung Nelayan ini, ada beberapa chalet dan homestay tetapi pemilik
tidak menyediakan kemudahan booking secara online. Untuk tempahan, perlu
hubungi nombor telefon dan buat bayaran untuk booking dan maklumkan kepada
pemilik. Booking secara manual.
|
Masjid Putih Pulau Perhentian |
Perkampungan
ini dilengkapi dengan masjid, balai polis, sekolah dan kedai-kedai
runcit. Masjid yang baru dibina iaitu Masjid Putih cukup cantik. Harga
makanan di kampung nelayan ini lebih murah berbanding tempat-tempat lain di
Pulau Perhentian.
4.
Panorama di Kincir Angin D’Lagoon
|
Pemandangan dari Puncak Bukit |
Kincir Angin D’Lagoon
ini merupakan stesen janakuasa hibrid pertama di Asia yang menjana bekalan
elektrik bagu kegunaan penduduk di Pulau Perhentian. Setelah
sampai anda perlu meniti satu demi satu anak tangga untuk sampai ke
puncak stesen janakuasa ini tetapi kepenatan tersebut hilang selepas melihat
panorama indah Pulau Perhentian dari arah puncak bukit tersebut.
Panorama yang indah
inilah antara sebab utama pelancong berusaha memanjat ke atas bukit untuk
menikmati keindahan alam yang mempersona.
5.
Pantai
Romantik di Pulau Perhentian
Salah satu pantai yang
cantik di Pulau Perhentian dikenali sebagai Pantai Romantik. Mengapa?
Anda akan mengalami
suasana romantik bersama pasangan anda melihat pemandangan lautan yang luas saat
matahari terbenam ala-ala filem Titanic.
Banyak bot berhenti di
sini semasa dalam lawatan snorkeling, tetapi mereka melakukannya biasanya pada
sebelah petang. Jadi jika anda mengambil teksi air pada waktu pagi (anda boleh
juga pergi ke sana berjalan kaki selepas memanjat batu yang ada di situ), anda
mempunyai peluang yang baik untuk menghabiskan beberapa jam di sana tanpa
sebarang gangguan daripada orang lain kerana kebiasaanya waktu pagi tidak lagi
dipenuhi oleh orang ramai.
|
Pantai Romantik Pulau Perhentian |
Pantai pasir putih di
Pantai Romantik ini sangat menakjubkan, dan anda boleh menghabiskan beberapa
jam di sana dengan hanya merenung ke laut yang cantik.
6.
Snorkeling
bersama Penyu di Turtle Bay
|
Snorkeling bersama Penyu di Turtle Bay |
Titik Penyu atau juga
di kenali sebagai Turtle Bay terletak berhampiran Teluk Pauh. Di sini anda
boleh melihat penyu dan hanya di sini penyu-penyu kurang ‘malu’.
Mengambil masa 10
minit dengan bot. Penyu memang akan sentiasa berlegar di sekitar kawasan ini
kerana sumber makanannya berada di dasar laut di sini.
Hanya kawasan ini
merupakan kawasan utama untuk aktiviti snorkeling melihat penyu. Kata jurupandu
bot, tempat lain ada juga tetapi tempatnya agak jauh ke tengah laut.
|
Jerung juga ada! |
Jadi tidak sesuai
untuk aktiviti snorkelling dengan ombak yang kuat dan laut yang dalam.
Apabila bot mula
berlabuh anda boleh berenang ke sana ke sini mengikut arahan juru pandu bot
masing-masing yang menunjukkan lokasi penyu.
Pesan jurupandu bot,
kalau penyu muncul di permukaan jangan sekali-kali pegang penyu, menurutnya
hormat penyu itu kerana berani timbulkan diri, jadi jangan lah anda sentuh
penyu itu cukuplah sekadar melihat sahaja.
=====
Baiklah, itu sahaja yang dapat kami kongsikan kepada anda. Masih ada ENAM lagi tempat menarik yang jarang-jarang diketahui oleh pelancong ketika melawat Pulau Perhentian.
Ya, masih ada enam lagi tempat menarik dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan lagi di pulau yang indah ini.
Sekiranya anda sudah tidak sabar untuk berenang bersama penyu di Pulau Perhentian, hubungi ejen kami En Munizam: di 0199282878 untuk tempahan pakej perlancongan ke Pulau Perhentian.
Kami usahakan sehingga anda berpuas hati.
Terima Kasih,
Comments
Post a Comment