Posts

Showing posts from August, 2018

Program Menarik Di Kelantan Julai dan Ogos 2019

Image
Program-program menarik sekitar Kelantan dalam masa terdekat dan sepanjang bulan Ogos 2019. Aduh adik, kakok, abe weh.... Banyak aktiviti menarik dan hadiah lumayan ditawarkan adik, kakok dan abe weh.... Kena pakat ajok saing sobat, sekampung maghi join deh . Jom ! Kita bui meriah program set kito . Set kito jange pecoh!

KOTA BHARU BAKAL MENJADI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO

Image
KOTA BHARU BAKAL MENJADI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO Kredit travelchameleon Beberapa lokasi di Kota Baru berpotensi menjadi tapak warisan kebangsaan dan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Senarai Tapak Warisan Dunia di Malaysia Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata antara tempat yang dikenal pasti ialah Masjid Muhammadi, Istana Jahar dan Tambatan Diraja di sini.  Masjid Muhammadi memiliki sejarah yang unik Beliau berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan Tengku Temenggung Kelantan Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz di Istana Kota Lama di sini hari ini.  "Kawasan tersebut berpotensi untuk menjadi Tapak Warisan Dunia Unesco walaupun ia memerlukan masa yang lama.   "Satu kajian boleh dilakukan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kerana ia mempunyai fakulti khusus untuk penyelidikan mengenai sejar

7 Tempat Makan Menarik dan Best di Bachok, Kelantan

Image
7 Tempat Makan Menarik dan Best di Bachok, Kelantan Pantai Irama Bachok Jajahan Bachok amat terkenal dengan pantai-pantai mereka seperti Pantai Irama, Pantai Kemayang, Pantai Melawi dan Pantai Kandis. Keputihan warna pasir pantainya pasti memberikan kedamaian kepada para pengunjung. Jika anda sedang bercuti atau berkelana sementara di Bachok, kami kongsikan kepada anda restoran-restoran yang terkenal dan menarik untuk dicuba. Sebelum itu, kami kongsikan sedikit asal-usul nama Bachok diperolehi. Sejarah Bachok Peta Jajahan Bachok Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu. Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chak. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pad

5 Tempat Makan Best di Sekitar Tok Bali, Kelantan

Image
5 Tempat Makan Best di Sekitar Tok Bali, Kelantan Suasana damai di Pelabuhan Ikan Tok Bali Tok Bali terkenal dengan terminal pendaratan ikan segar hasil tangkapan nelayan tempatan. Sebut sahaja ikan Tok Bali, ramai warga Kelantan akan mengingatinya sebagai Pusat Perikanan di Kelantan. Pasar besar Tok Bali atau dikenali pasar TIBA (Terminal Ikan Bali) sering menjadi tumpuan bagi mendapatkan hasil laut yang segar seperti ikan, udang dan sotong pada setiap hari. Sedikit Asal Usul Nama Tok Bali Ikon Pelabuhan Tok Bali Tidak ramai yang mengetahui asal usul nama Tok Bali, Kelantan. Pelbagai versi yang diceritakan kepada penulis dari manakah nama kawasan yang terkenal dengan pesisir pantai cantik dan kawasan perikanan ini di berikan. Menurut hikayat yang popular, nama Tok Bali diperolehi bersempena kisah seorang nelayan berasal dari Bali, Indonesia yang memasuki perairan pantai Kelantan dengan perahu yang karam sebelum terdampar di pesisiran. Penduduk tempatan yang ting